Tuesday, August 7, 2012

Tips 4 Menaikkan Self-Esteem Pelajar

Tips 4 Menaikkan Self-Esteem Pelajar

Pelajar yang corot- yang bermasalah/malas/bising dalam kelas dan sebagainya mempunyai self-esteem yang rendah. Mereka jenis berani di belakang tetapi tidak berani berdiri di hdapan (kecuali bersama dengan kumpulan)

Mereka juga mempunyai pandangan negatif terhadap diri mereka sendiri dan juga emngganggap orang lain juga menganggap mereka begitu. jadi, tidak hairanlah mereka seolah-olah tidak kisah dan tidak berasa apa-apa apabila dimarahi atau dihukum oleh guru.

Malah, ada juga guru mengatakan bahawa pelajar-pelajar ini berasa bangga pula apabila dihukum seperti merekalah hero dalam filem.

Jadi, menaikkan self-esteem pelajar banyak membantu guru dalam usaha mempengaruhi pelajar. Apabila self-esteem pelajar meningkat disebabkan guru, maka dengan sendirinya keinginannya untuk belajar akan meningkat juga, setidak-tidaknya pun mereka akan cuba belajar untuk mengambil hati guru.

Bagaimana hendak menaikkan self-esteem pelajar?

Mudah sahaja. Pujilah mereka.

TETAPI... teknik memuji perlulah betul, andai tidak, resikonya tinggi...

Bagaimana memuji?

Pujilah mengikut teknik Nabi Muhammad...

Okay. Nanti akan saya kongsikan tekniknya dalam entri akan datang.


Monday, August 6, 2012

Tips 3 Mengenal pasti pelajar yang bekerja

Teknik mempengaruhi pelajar

Tips 3 Mengenal pasti pelajar yang bekerja

Informasi yang akan membantu guru dalam mempengaruhi pelajar-pelajar corot ialah informasi pelajar yang bekerja sambilan.
Pelajar-pelajar yang tidak minat belajar, terutamanya yang tidur dalam kelas, kemungkinan terpaksa bekerja sambilan selepas waktu sekolah. Ada kalanya mereka bekerja sehingga malam hari.

Jadi, merupakan satu informasi yang amat membantu guru jika guru tahu dan dapat mengenal pasti pelajar-pelajarnya yang bekerja.

Cara yang paling mudah untuk mendapat informasi berkaitan tentulah dengan bertanya. Sebaik-baiknya bertanyalah kepada tuan empunya badan. Daripada pertanyaan, guru boleh mengetahui jenis pekerjaan, masa bekerja dan maklumat sama ada pelajar memang suka bekerja atau pun tidak.

Biasanya, pelajar yang tidur dalam kelas dan bermasalah (berdasarkan pengalaman) adalah pelajar yang terpaksa bekerja sambilan. Tidak kiralah sama ada kerana keluarga atau pun disebabkan mahu memegang wang untuk berbelanja.

Tindakan guru bertanyakan hal-hal berkaitan pelajar merupakan tindakan yang boleh membuatkan pelajar berasa guru mengambil berat terhadap diri mereka. Membiarkan pelajar mencurahkan isi hati (andai bekerja kerana terpaksa) juga merupakan satu kelegaan bagi mereka. Selepas itu, mereka akan lebih bersikap terbuka dengan guru.

Daripada maklumat ini jugalah , guru mempunyai peluang untuk memuji pelajar. Kenapa perlu dipuji...ikutilah tips seterusnya.

Tips 2 Tips Menyoal


Tips Mempengaruhi PelajarTips 2 Tips Menyoal

Apabila kita mahu mengenali pelajar, biasanya kita akan bertanya. Namun, pertanyaan yang bagaimanakah memberikan maklumat tentang diri pelajar.
Mulakan pertanyaan yang mudah dan ringkas. Misalnya,
1. Kamu tinggal di mana?
2. Apa pekerjaan bapa kamu?
3. Kamu ada berapa adik beradik?

Berilah respon yang menunjukkan anda memang berminat untuk mengenali pelajar. Misalnya , Pelajar :Saya tinggal di Kopisan.
Guru : Oh! Kopisan. Saya tahu tempat itu. Rumah kamu hampir dengan kedai Poh Wah?

Lihat respon pelajar. Apabila pelajar menunjukkan dia mahu bercerita, pandulah dia dengan menanyakan soalan-soalan yang berkaitan.

Jika tidak, tanyalah pula soalan lain. Kalau guru dapat bertanyakan soalan yang betul, guru akan mengetahui topik yang mahu dibualkan oleh pelajar.

Saya ingin berkongsi cerita. Pada suatu hari, saya telah dijemput untuk berkongsi tentang Teknik mendorong Pelajar Corot bersama dengan ibu bapa yang dianjurkan oleh Tutor Aqilah.


Sebelum ceramah tersebut, saya dapati ada seorang pelajar perempuan yang kelihatan mengasingkan diri. Maklumlah yang hadir bersama-sama di situ kebanyaknanya adalah kanak-kanak sedangkan dia merupakan remaja.

Kebetulan saya duduk di sebelahnya sewaktu dijemput minum pagi. Jadi, saya ambil peluang untuk berbual-bual dengannya.

Saya: Datang dengan siapa?
Gadis: Seorang diri.
Saya : Wah ! Bagusnya kamu.Kamu mahu mendengar informasi tentang pusat tuisyen ini, ya?
Gadis : Mak yang suruh.
Saya : Kamu tingkatan berapa?
Gadis : Lima.
Saya : Sekolah di mana?
Gadis : Methodist Girls School.
Saya : Pelajarnya semua perempuan, bukan?
Gadis : Ya.

Pada permualaanya memang pelajar itu hanya menjawab sepatah dua kata. Namun, saya terus bertanya lagi.
Saya : Kamu ambil aliran apa? Sains?
Gadis: Tidak. Saya ambil kemanusiaan.
Saya : Oh! Kamu ambil Seni Visual?
Gadis : Ya!
Saya : Untuk projek Folio Seni, kamu buat apa?
Gadis : Kasut.
Saya: Wah! Bagusnya. Tentu seronok dapat buat lukisan pada kasut.
Gadis : Ya! Saya....(gadis itu terus bercerita. Dia begitu teruja bercerita tentang Folio Seninya.)

Lihatlah! pertanyaan yang betul akan mendapat respon yang kita kehendaki. Pelajar akan mudah didekati jika kita tahu dan mengambil tahu minat dan kesukaan mereka.
Memang pada mulanya mereka mungkin teragak-agak untuk bercerita namun dengan teknik menyoal dengan betul dan soalan yang tepat akhirnya dinding pemisah antara guru dan pelajar akan dapat dipecahkan.


Sunday, August 5, 2012

Tips 1 Tidak kenal maka tidak cinta


Tips Mempengaruhi Pelajar

Tips 1Tidak kenal maka tidak cinta

Kenali pelajar anda. Ambil tahu tentang diri mereka. Tanya soalan kepada mereka. Daripada kata-kata, memek muka dan bahasa badan , kita akan tahu setakat mana pelajar suka bercerita tentang diri mereka.


Jika soalan yang betul diajukan kepada pelajar, pelajar akan teruja untuk bercerita. Kita akan tahu kemahuan, keinginan dan pandangan mereka tentang diri, keluarga dan sekeliling mereka.

Dengan cara ini, guru akan lebih mengenali pelajar dan dapat memahami keadaan hidup pelajar. Melalui cara ini, guru juga akan memahami cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar dalam menuntut ilmu. Tindakan guru bertanyakan pelajar tentang diri mereka menunjukkan bahawa guru memang mahu mengenali pelajar dan menaruh minat tentang apa yang berlaku kepada pelajar. Pelajar juga akan merasakan bahawa guru memang mengambil berat terhadap diri mereka.

Apabila kita bersedia mendengar kata-kata mereka, mereka juga lebih terbuka untuk mendengar kata-kata kita.