Friday, October 26, 2012

Tips 16 Menangani pelajar tidak mahu buat latihan


Apabila pelajar  tidak  membuat latihan yang diberikan, hanya main-main,tidak menulis apa-apa
JANGAN
ditanya kenapa dan mengapa
JANGAN
dimarahi 
JANGAN 
dinasihati 

YANG BOLEH DILAKUKAN


  • Tunjuk emosi tidak suka
  • Beri tunjuk ajar
  • Terangkan kembali apa yang perlu dibuat
  • Tunggu pelajar melengkapkan sesuatu langkah  sebelum menerangkan langkah seterusnya.

Tips 16 Menangani pelajar bermasalah

Apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar corot, rasa putus asa, kecewa, marah akan sentiasa cuba menghadirkan diri. 

Jadi, sebelum masuk ke dalam kelas corot, berdoa agar guru dipermudahkan Allah untuk mengajar dan anak-anak didik dipermudahkan Allah untuk belajar. Fikirkan perkara positif. Cabaran untuk anak-anak ini belajar amatlah besar. Begitu juga cabaran kepada guru-guru yang mengajar mer
eka.

Ketika masuk ke dalam kelas, minta pelajar berdoa (bukan dalam kelas Pendiidkan Islam sahaja). Kalau guru lelaki, adalah elbih baik guru yang memimpin doa.

Sebelum berdoa, terangkan manfaat berdoa kepada pelajar dan tingkah laku /adab ketika berdoa (perlu diulang beberapa kali- bergantung kepada sikap pelajar).

Ketika mengajar, teknik besar kepada kecil amat berguna. Penerangan secara umum (besar) dan kemudian penerangan kepada kumpulan kecil/individu (kecil).

Bagi pelajar yang suka tidur. Kejut. Arah pelajar untuk bangun dengan nada tegas tetapi lembut.

Pada peringkat awal, beri perhatian lebih kepada mereka. Beri tunjuk ajar. Yang mudah-mudah. Setiap kejayaan kecil diberi pujian. Pujian sebelum, semasa dan sesudah pelajar itu membuat latihan.

Letih? Itu hanya peringkat permulaan. Lama-kelamaan dia akan mendorong diri sendiri. Insyaallah.

Kebanyakan pelajar yang tidur adalah pelajar yang tidak tahu apa-apa yang diajar oleh guru tetapi ego untuk mengaku. Jadi, anggapan mereka , bangun dan tidur sama sahaja. Hasilnya tetap sama. Mereka tidak tahu apa-apa. Kesimpulannya, baik mereka tidur.

Pada mereka,kedua-duanya sama- cikgu marah-marah atau cikgu biarkan saja perbuatan mereka sama saja dengan cikgu tidak ambil peduli. Ituanggapan mereka. (Sedang hakikatnya tidak begitu)

Actions speak louder than word.

Risiko cikgu yang selalu marah-marah dan tension dalam kelas - penyakit (sakit kepala, tidak gembira, darah tinggi dll) .

Tips 15 Terangkan kesalahan tindakan bukan salahkan pelakunya

Apabila pelajar menunjukkan hasil penulisannya, pujilah dia dengan memuji tindakannya dan nyatakan impak (kesan tindakannya)
"Wah! Bagusnya! kamu sudah boleh menulis mengikut teknik yang saya ajarkan.Huraian isi begitu tersusun. (puji perbuatan/tindakan)  Menarik dan mudah difahami. (Impak perbuatan)"


Pelajar lain juga akan turut terdorong mahu menunjukkan latihan yang dibuat oleh mereka.

Apabila terdapat kesalahan dalam penulisan karangan pelajar,  gunakan teknik Tidak Tegur Kesalahan tetapi menerangkan. Hanya terangkan yang betul dan yang salah. 



"Ayat ini tiada subjek. Jadi, masukkan subjek. Tambah perkataan 'hal/perkara' sebelum ayat ini (sambil menunjukkan ayat yang ditulis pelajar)"



Pelajar lain yang mendengar kata-kata tersebut juga belajar daripada kesilapan tersebut dan tidak takut-takut /malu mahu menunjukkan hasil kerja mereka

Tips 14 Dekati pelajar melalui FB

Pujian secara terbuka lebih besar impaknya. Pujian secara terbuka bukan sahaja mendorong pelaku mengulangi tindakan yang dipuji tetapi juga mendorong insan-insan yang mendengar pujian untuk turut melakukan perkara yang sama.

Impak memberi pujian di tapak perhimpunan/dalam dewan/bilik seminar atau melalui FB/blog/twtter lebih hebat daripada memberi pujian secara individu atau dalam kumpulan yang kecil

Tips 13 Terangkan kesalahan dan berikan jalan penyelesaian

Apabila menggunakan teknik Tidak Tegur Kesalahan tetapi menerangkan , pelajar tidak akan merasakan dirinya dikritik atau dimalukan. Dalam teknik tidak tegur kesalahan, guru tidak akan mengatakan:
Kamu buat ayat salah. (Salah)
Kamu eja tidak
 betul. (Salah)

Teknik yang betul ialah menerangkan kesalahan, contoh:
"Ayat ini tidak ada subjek. Tulis subjek."
" Ejaan dibuka sepatutnya dirapatkan. Di sebagai imbuhan , ejaannya dicantumkan. "
Hasilnya, pelajar merasakan ayatnya yang salah bukan dirinya yang bersalah. 

Tips 12 Jangan tegur kesalahan tetapi terangkan kesalahan

Biarpun pelajar cemerlang, tidak boleh tegur kesalahan mereka, apatah lagi di khalayak ramai. Jangan jatuhkan self-estem mereka. Jangan berkata,
"Kamu tulis perenggan ini tidak betul." (salah)
"Mana boleh masukkan isi dalam perenggan penda
huluan" (Salah)
"Kenapa kamu tulis ceperti ini. Bukankah kamu pelajar cemerlang?" (Salah)
"Tulis perenggan pendahuluan pun boleh silap?" (Salah)

Guna Teknik Tidak Tegur Kesalahan Tetapi Menerangkan.
" Ayat ini ialah ayat isi. Ayat isi tidak boleh ditulis dalam perenggan pendahuluan." (Betul)
"Ayat ini salah. Ayat yang betul ialah ayat tentang huraian isu berkaitan tema." (Betul)
Impaknya : Pelajar akan berebut-rebut menunjukkan hasil kerja mereka walaupun tahu ada kalanya guru akan berkongsi kesilapan di hadapan pelajar-pelajar lain.

Tips 11 Mempengaruhi pelajar malas

Apabila pelajar tidak berbuat apa-apa setelah diberikan arahan membuat latihan,bersangka baik dengan pelajar.Kemungkinan dia tidak tahu atau tidak faham  apa yang diajar. Kemungkinan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. 

Terangkan sek
ali lagi arahan yang telah dibuat dan berikan tunjuk ajar. Beri peluang untuk pelajar memulakan latihan.

Setelah beberapa ketika, pantau kembali pelajar tersebut. Andai pelajar itu sudah mula membuat latihan, puji usahanya membuat latihan dan nyatakan impaknya. Jangan puji diri pelajar tetapi puji perbuatan baiknya.

Beri senyuman atau sentuh bahunya. Itu ialah ganjaran positif.  Insyaallah, jika selalu dilakukan demikian, pelajar yang malas pun akan jadi rajin tanpa disuruh-suruh.

Tips 10 Terangkan kesalahan -fokus kepada perbuatan bukan orangnya

Apabila kita mahu menggunakankan konsep 'belajar daripada kesilapan' dengan menunjukkan kesilapan yang telah dibuat oleh pelajar dan menerangkan teknik yang betul kepada pelajar , jangan poin kepada diri pelajar tetapi kerja silap yang hen
dak dibetulkan. Misalnya, jangan berkata :
"Pelajar ini telah membuat silap. Dia telah menulis perenggan pendahuluan yang salah. Dia masukkan isi dalam perenggan tersebut. Mana boleh buat begitu.. Salah!" (Salah)

Tetapi terangkan saja kesalahan/tindakan yang salah. (di samping cari peluang untuk puji kebaikan, misalnya,
"Saya bacakan perenggan ini.(merujuk ayat yang ditulis oleh pelajar) ....... Ayat pertama iaitu.... Betul dan tepat dari segi tema. Bagus! Ayat kedua pula menerangkan isu berkaitan tema. Bagus! Ayat yang ditulis oleh..... tepat dengan teknik yang saya ajarkan. Ayat ketiga ialah ayat isi. Ayat ini tidak boleh dimasukkan dalam perenggan pendahuluan."

Tips 9 Tidak beri nasihat kecuali diminta

Saya menggunakan teknik ini ketika bercakap di hadapan 63 orang pelajar dalam bengkel tempohari. 
Tanya saya, :
" Mahukah kamu saya beritahu tips-tips menulis karangan cemerlang?"
" Mahukah kamu saya beritahu tips-tips membuat ulang kaji secara berkesan?"
Saya minta izin pelajar untuk beri nasihat. Hanya selepas pelajar menjawab ya, barulah nasihat diberi. 

Respon pelajar amat positif (senyap dan memberi tumpuan) apabila saya sampaikan maklumat itu setelah mereka menyatakan mereka mahu mendengarnya. :)

Thursday, October 18, 2012

Tips 8 Lakukan yang positif dan jadi suri teladan

Suasana kelas tidak akan ceria tanpa mereka.Gelak tawa dan kenakalan mereka menjadi proses pembelajaran lebih hidup. Guru bukan berhadapan dengan robot yang mampu mengikut 100% kata dan arahan.

Guru berhadapan dengan anak-anak yang punyai perbagai perwatakan dan mereka juga punyai perasaan. Yang perlu guru lakukan ialah menyebarkan ilmu dan mendidik mereka bertindak s

ecara lebih bersopan dan beradab mengikut norma-norma kehidupan.

Kesilapan dan kesalahan yang dilakukan bukan dosa yang harus dihukum dengan kata-kata nista, suara tinggi yang memarahi atau dendaan yang menyeksa dan menyakitkan hati.

Sekolah ialah tempat mereka belajar daripada kesilapan. Biarlah mereka membuat silap asalkan guru dapat menunjukkan langkah yang betul. Biarlah mereka bermain asalkan sahaja dengan bermain itu mereka juga mempelajari sesuatu.

Tips Mendorong Pelajar (Puan Ainon Mohd.)
Jangan hukum.
Jangan nasihat
Hanya puji sahaja.