Friday, October 26, 2012

Tips 16 Menangani pelajar bermasalah

Apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar corot, rasa putus asa, kecewa, marah akan sentiasa cuba menghadirkan diri. 

Jadi, sebelum masuk ke dalam kelas corot, berdoa agar guru dipermudahkan Allah untuk mengajar dan anak-anak didik dipermudahkan Allah untuk belajar. Fikirkan perkara positif. Cabaran untuk anak-anak ini belajar amatlah besar. Begitu juga cabaran kepada guru-guru yang mengajar mer
eka.

Ketika masuk ke dalam kelas, minta pelajar berdoa (bukan dalam kelas Pendiidkan Islam sahaja). Kalau guru lelaki, adalah elbih baik guru yang memimpin doa.

Sebelum berdoa, terangkan manfaat berdoa kepada pelajar dan tingkah laku /adab ketika berdoa (perlu diulang beberapa kali- bergantung kepada sikap pelajar).

Ketika mengajar, teknik besar kepada kecil amat berguna. Penerangan secara umum (besar) dan kemudian penerangan kepada kumpulan kecil/individu (kecil).

Bagi pelajar yang suka tidur. Kejut. Arah pelajar untuk bangun dengan nada tegas tetapi lembut.

Pada peringkat awal, beri perhatian lebih kepada mereka. Beri tunjuk ajar. Yang mudah-mudah. Setiap kejayaan kecil diberi pujian. Pujian sebelum, semasa dan sesudah pelajar itu membuat latihan.

Letih? Itu hanya peringkat permulaan. Lama-kelamaan dia akan mendorong diri sendiri. Insyaallah.

Kebanyakan pelajar yang tidur adalah pelajar yang tidak tahu apa-apa yang diajar oleh guru tetapi ego untuk mengaku. Jadi, anggapan mereka , bangun dan tidur sama sahaja. Hasilnya tetap sama. Mereka tidak tahu apa-apa. Kesimpulannya, baik mereka tidur.

Pada mereka,kedua-duanya sama- cikgu marah-marah atau cikgu biarkan saja perbuatan mereka sama saja dengan cikgu tidak ambil peduli. Ituanggapan mereka. (Sedang hakikatnya tidak begitu)

Actions speak louder than word.

Risiko cikgu yang selalu marah-marah dan tension dalam kelas - penyakit (sakit kepala, tidak gembira, darah tinggi dll) .

No comments:

Post a Comment