Wednesday, July 8, 2015

Melayan seperti anak kecil

Melayan budak-budak hardcore ini ada masanya seperti layan anak-anak kecil. Anak-anak kecil suka bertanya berulang kali.

"Ibu, ni apa? "
"Ikan lumba-lumba."
"Ibu, ni apa? "
"Ikan lumba-lumba."
"Ibu, ni apa? "
"Ikan lumba-lumba."
"Ibu, ni apa? "
"Ikan lumba-lumbalah, sayanggg."

Selepas itu, kita peluk anak kecil kita dan cium pipinya ataupun kita gomoi dan bergurau dengan gelak ketawa. Anak kita nampak comelkan dan gelagatnya membuatkan kita geram tetapi gembira. Kita lihat anak dengan perasaan kasih sayang.

Budak-budak hardcore ni seperti anak-anak kecil walaupun otak dan fizikal sudah remaja.

Jika bertanya berulang kali perkara yang sama, kita boleh respon- beri jawapan yang sama setiap kali atau apabila sudah letih atau sudah geram- diam. Pandang dirinya dan bayangkan anak kecil kita. Memanglah tak comel tetapi sekurang-kurangnya akan timbul rasa kasihan atau simpati. Tidaklah rasa nak marah. Kalau marah...banyak kesan negatifnya.

Atau

Kita pula yang bertanya berulangkali dan minta dia pula yang menjawab ikut skema yang kita tentukan.

"Selepas penanda wacana, kita perlu tulis apa.?
"Tanda koma."
"Tulis apa?"
"Tanda koma."
"Tulis apa?"
"Tanda koma."
"Tulis apa?"
"Tanda koma."
" Okey. Bagus! Awak sudah faham. Saya suka!"

Kadang kala dengan pelajar, buat lawak, bergurau dapat hilangkan stres dan buat suasana dalam kelas ceria.