Sunday, August 5, 2012

Tips 1 Tidak kenal maka tidak cinta


Tips Mempengaruhi Pelajar

Tips 1Tidak kenal maka tidak cinta

Kenali pelajar anda. Ambil tahu tentang diri mereka. Tanya soalan kepada mereka. Daripada kata-kata, memek muka dan bahasa badan , kita akan tahu setakat mana pelajar suka bercerita tentang diri mereka.


Jika soalan yang betul diajukan kepada pelajar, pelajar akan teruja untuk bercerita. Kita akan tahu kemahuan, keinginan dan pandangan mereka tentang diri, keluarga dan sekeliling mereka.

Dengan cara ini, guru akan lebih mengenali pelajar dan dapat memahami keadaan hidup pelajar. Melalui cara ini, guru juga akan memahami cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar dalam menuntut ilmu. Tindakan guru bertanyakan pelajar tentang diri mereka menunjukkan bahawa guru memang mahu mengenali pelajar dan menaruh minat tentang apa yang berlaku kepada pelajar. Pelajar juga akan merasakan bahawa guru memang mengambil berat terhadap diri mereka.

Apabila kita bersedia mendengar kata-kata mereka, mereka juga lebih terbuka untuk mendengar kata-kata kita.

No comments:

Post a Comment