Monday, August 6, 2012

Tips 3 Mengenal pasti pelajar yang bekerja

Teknik mempengaruhi pelajar

Tips 3 Mengenal pasti pelajar yang bekerja

Informasi yang akan membantu guru dalam mempengaruhi pelajar-pelajar corot ialah informasi pelajar yang bekerja sambilan.
Pelajar-pelajar yang tidak minat belajar, terutamanya yang tidur dalam kelas, kemungkinan terpaksa bekerja sambilan selepas waktu sekolah. Ada kalanya mereka bekerja sehingga malam hari.

Jadi, merupakan satu informasi yang amat membantu guru jika guru tahu dan dapat mengenal pasti pelajar-pelajarnya yang bekerja.

Cara yang paling mudah untuk mendapat informasi berkaitan tentulah dengan bertanya. Sebaik-baiknya bertanyalah kepada tuan empunya badan. Daripada pertanyaan, guru boleh mengetahui jenis pekerjaan, masa bekerja dan maklumat sama ada pelajar memang suka bekerja atau pun tidak.

Biasanya, pelajar yang tidur dalam kelas dan bermasalah (berdasarkan pengalaman) adalah pelajar yang terpaksa bekerja sambilan. Tidak kiralah sama ada kerana keluarga atau pun disebabkan mahu memegang wang untuk berbelanja.

Tindakan guru bertanyakan hal-hal berkaitan pelajar merupakan tindakan yang boleh membuatkan pelajar berasa guru mengambil berat terhadap diri mereka. Membiarkan pelajar mencurahkan isi hati (andai bekerja kerana terpaksa) juga merupakan satu kelegaan bagi mereka. Selepas itu, mereka akan lebih bersikap terbuka dengan guru.

Daripada maklumat ini jugalah , guru mempunyai peluang untuk memuji pelajar. Kenapa perlu dipuji...ikutilah tips seterusnya.

No comments:

Post a Comment