Monday, August 6, 2012

Tips 2 Tips Menyoal


Tips Mempengaruhi PelajarTips 2 Tips Menyoal

Apabila kita mahu mengenali pelajar, biasanya kita akan bertanya. Namun, pertanyaan yang bagaimanakah memberikan maklumat tentang diri pelajar.
Mulakan pertanyaan yang mudah dan ringkas. Misalnya,
1. Kamu tinggal di mana?
2. Apa pekerjaan bapa kamu?
3. Kamu ada berapa adik beradik?

Berilah respon yang menunjukkan anda memang berminat untuk mengenali pelajar. Misalnya , Pelajar :Saya tinggal di Kopisan.
Guru : Oh! Kopisan. Saya tahu tempat itu. Rumah kamu hampir dengan kedai Poh Wah?

Lihat respon pelajar. Apabila pelajar menunjukkan dia mahu bercerita, pandulah dia dengan menanyakan soalan-soalan yang berkaitan.

Jika tidak, tanyalah pula soalan lain. Kalau guru dapat bertanyakan soalan yang betul, guru akan mengetahui topik yang mahu dibualkan oleh pelajar.

Saya ingin berkongsi cerita. Pada suatu hari, saya telah dijemput untuk berkongsi tentang Teknik mendorong Pelajar Corot bersama dengan ibu bapa yang dianjurkan oleh Tutor Aqilah.


Sebelum ceramah tersebut, saya dapati ada seorang pelajar perempuan yang kelihatan mengasingkan diri. Maklumlah yang hadir bersama-sama di situ kebanyaknanya adalah kanak-kanak sedangkan dia merupakan remaja.

Kebetulan saya duduk di sebelahnya sewaktu dijemput minum pagi. Jadi, saya ambil peluang untuk berbual-bual dengannya.

Saya: Datang dengan siapa?
Gadis: Seorang diri.
Saya : Wah ! Bagusnya kamu.Kamu mahu mendengar informasi tentang pusat tuisyen ini, ya?
Gadis : Mak yang suruh.
Saya : Kamu tingkatan berapa?
Gadis : Lima.
Saya : Sekolah di mana?
Gadis : Methodist Girls School.
Saya : Pelajarnya semua perempuan, bukan?
Gadis : Ya.

Pada permualaanya memang pelajar itu hanya menjawab sepatah dua kata. Namun, saya terus bertanya lagi.
Saya : Kamu ambil aliran apa? Sains?
Gadis: Tidak. Saya ambil kemanusiaan.
Saya : Oh! Kamu ambil Seni Visual?
Gadis : Ya!
Saya : Untuk projek Folio Seni, kamu buat apa?
Gadis : Kasut.
Saya: Wah! Bagusnya. Tentu seronok dapat buat lukisan pada kasut.
Gadis : Ya! Saya....(gadis itu terus bercerita. Dia begitu teruja bercerita tentang Folio Seninya.)

Lihatlah! pertanyaan yang betul akan mendapat respon yang kita kehendaki. Pelajar akan mudah didekati jika kita tahu dan mengambil tahu minat dan kesukaan mereka.
Memang pada mulanya mereka mungkin teragak-agak untuk bercerita namun dengan teknik menyoal dengan betul dan soalan yang tepat akhirnya dinding pemisah antara guru dan pelajar akan dapat dipecahkan.


No comments:

Post a Comment